Pages

Tuesday 30 August 2011

Salam Aidilfitri

Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada tanggal 1hb Syawal 1432 Hijrah bersamaan 30hb Ogos 2011 Masihi. Alhamdulillah dengan izin Allah kita masih lagi dapat merasai nikmatnya berhari raya. InsyaAllah pada tahun ini saya dan keluarga akan beraya di Pasir Mas, Kelantan dahulu (sebelah mentua) sebelum beraya pula di Jerantut, Pahang. Di kesempatan ini saya dan bagi pihak keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga tercinta, sanak saudara, rakan-rakan diingati serta kepada semua yang mengenali kami. Tidak lupa ampun maaf dipinta di atas segala terkasar bahasa, terlanjur kata dan segala perbuatan yang mengguris hati.


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pada tahun ini juga rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama akan menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-54 pada tanggal 31hb Ogos 2011 yang kebetulan jatuh pada Hari Raya Ke-2. Untungnya kebanyakan pekerja di sektor awam dan swasta mendapat cuti panjang yang diberikan oleh majikan masing-masing, dengan ini mereka mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan terakhir menyambut Hari Raya dan pastinya dapat berada lebih lama di kampung halaman masing-masing. Satu sahaja pesanan saya, di kala bergembira hendak pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah memandu, ingatlah orang-orang tersayang.



Selamat Hari Merdeka

Info: Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

Monday 1 August 2011

Salam Ramadhan Al-Mubarak



Ayat-Ayat Yang Mewajibkan Puasa Ramadhan

Allah Taala Berfirman:
“Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa. (Yaitu) dalam beberapa hari yang tertentu. Maka barangsiapa di antara kamu ada yang sakit atau dalam perjalanan (lalu ia berbuka), maka (wajiblah ia berpuasa) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jia ia tidak berpuasa) membayar fidyah, (yaitu) memberi makan seorang miskin. Barangsiapa yang dengan kerelaan hati mengerjakan kebajikan, maka itulah yang lebih baik baginya. Dan berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.” (Al Baqarah: 183-184).



Ariana Afrina Binti Mohd Nazre


Salam Ramadhan Al-Mubarak
Alhamdulillah, dengan izin-Nya kita akhirnya dapat sama-sama menyambut kembali Ramadhan Al-Mubarak yang ditunggu-tunggu setiap tahun. Pada tahun ini, 1 Ramadhan 1432H jatuh pada tarikh 1 Ogos 2011M. Syukur pada-Nya kerana dipanjangkan usia untuk menikmati lagi manisnya Ramadhan ini... 


Ariana Afrina
Alhamdulillah pada Ramadhan kali ini juga, saya akan menyambutnya bersama orang baru di dalam keluarga saya. Ariana Afrina anak sulung saya yang telah selamat dilahirkan oleh isteri tersayang Nurul Shahira Bt Rahim pada 11 Julai 2011 Masihi bersamaan 9 Syaaban 1432 Hijrah. 

Lagi Info Kelahiran
Tarikh Kelahiran: 11 Julai 2011
Masa Kelahiran: 05:24 PM
Tempat Kelahiran: Hospital Sultan Ismail Johor Bahru
Berat: 2.57kg

Blog Owner: MNM


Assalammualaikum..


Bukit Rawang Perdana II...May 2009