Pages

Tuesday 30 August 2011

Salam Aidilfitri

Aidilfitri pada tahun ini jatuh pada tanggal 1hb Syawal 1432 Hijrah bersamaan 30hb Ogos 2011 Masihi. Alhamdulillah dengan izin Allah kita masih lagi dapat merasai nikmatnya berhari raya. InsyaAllah pada tahun ini saya dan keluarga akan beraya di Pasir Mas, Kelantan dahulu (sebelah mentua) sebelum beraya pula di Jerantut, Pahang. Di kesempatan ini saya dan bagi pihak keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua ahli keluarga tercinta, sanak saudara, rakan-rakan diingati serta kepada semua yang mengenali kami. Tidak lupa ampun maaf dipinta di atas segala terkasar bahasa, terlanjur kata dan segala perbuatan yang mengguris hati.


Selamat Hari Raya Aidilfitri

Pada tahun ini juga rakyat Malaysia yang berbilang bangsa dan agama akan menyambut Hari Kemerdekaan Kali Ke-54 pada tanggal 31hb Ogos 2011 yang kebetulan jatuh pada Hari Raya Ke-2. Untungnya kebanyakan pekerja di sektor awam dan swasta mendapat cuti panjang yang diberikan oleh majikan masing-masing, dengan ini mereka mempunyai masa yang cukup untuk membuat persiapan terakhir menyambut Hari Raya dan pastinya dapat berada lebih lama di kampung halaman masing-masing. Satu sahaja pesanan saya, di kala bergembira hendak pulang ke kampung halaman, berhati-hatilah memandu, ingatlah orang-orang tersayang.



Selamat Hari Merdeka

Info: Kemerdekaan yang dikecapi bermakna kita bebas bukan sekadar daripada penjajahan fizikal malahan mencakupi spiritual dan mental. Erti kemerdekaan yang dinikmati ialah membebaskan diri daripada cengkaman kuasa asing seterusnya berusaha bangkit sebagai bangsa bermaruah.

No comments:

Post a Comment