Sunday, 12 March 2017
Sunday, 19 February 2017
RUU355 Febuari 2017
☪ *PIDATO HIMPUNAN RUU355*
👳🏼 YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Naib Kesatuan Ulama' Sedunia)
"Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan keadaan hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan."
"Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka *ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri* (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya *ada yang bersikap sederhana*, dan *ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan* dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah)."
Surah Faatir ayat 31-32
#Usaha untuk memperkasa undang-undang Islam ini bukanlah perjuangan baru umat Islam.
#Selepas perang dunia ke-2. British yang menjajah telah memberi kemerdekaan dengan menyediakan perlembagaan ciptaan mereka dan menjadikan sistem demokrasi sebagai pengikat mereka.
#Kumpulan umat Islam membuat memorandum mendesak agar Suruhanjaya Reid meletakkan 'Islam sebagai agama persekutuan' dalam perlembagaan. Di samping agama lain bebas beramal dengan agama mereka.
#Selepas setengah abad kita merdeka, sudah tiba masa untuk kita bermuhasabah terhadap perlembagaan yang sudah usang itu.
#Sebenarnya banyak peruntukan dalam perlembagaan sudah dipinda dan RUU355 juga sepatutnya sudah lama dipinda!
#Para peguam, ilmuwan undang-undang dan para pemimpin adalah pemegang amanah daripada Allah dan bertanggungjawab untuk usaha ini.
#Kita berhimpun bukan kerana arahan suatu kumpulan atau kerana arahan sesiapa. Tetapi kerana mahu menjalankan perintah Allah!
#Al-Quran diturunkan supaya digunakan sebagai hakim dalam menegakkan keadilan.
#Maka taraf Mahkamah Syariat kena diangkat tinggi demi melaksanakan Syariat Allah ini.
#Orang bukan Islam tidak ada sebab untuk membantah kerana undang-undang ini hanya melibatkan orang Islam sahaja.
#Dan tidak perlu risau kerana jaminan kebebasan beragama ada dinyatakan dalam Al-Quran dan perlembagaan Malaysia yang memerintahkan supaya umat Islam menghormati adab perpaduan Negara.
#Begitu juga orang bukan Islam kena jaga adab perpaduan negara serta menghormati kedudukan
undang-undang Islam yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa.
#Rujuklah sejarah perundangan dunia. Pernah ahli perundangan antarabangsa membaca terjemahan ayat AlQuran tentang perundangan dalam sidang konferens penggubalan undang-undang untuk menjamin keamanan dunia.
#Pertemuan antara Ilmuwan Islam dan tokoh ilmuwan Barat juga pernah dilakukan dan mereka mengiktiraf kedudukan syariat Islam dan mencadangkan suatu kajian terhadapnya.
#Dunia hari ini menyaksikan kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Dengannya, jenayah masih lagi tidak dapat dibanteras. Sama ada dalam negara mahupun diseluruh dunia.
#Daripada kamu mencemuh usaha memperkasa mahkamah syariat dengan kejahilan dan tanpa ilmu, lebih baik kamu bincang pasal undang-undang yang sudah lapuk dan tidak ada roh itu.
#Semoga usaha ini dapat diperpanjangkan sehingga berjaya supaya hikmahnya dapat disaksikan oleh semua termasuk yang bukan Islam.
🔮✨ *"Syariah Diperkasa Ummah Sejahtera" H355 | 18 Feb | Padang Merbok Kuala Lumpur*