Pages

Sunday 12 March 2017

https://plus.google.com/114512095622416583148/posts/6if5mFtAqgN?_utm_source=1-2-2

Sunday 19 February 2017

RUU355 Febuari 2017

☪ *PIDATO HIMPUNAN RUU355*

👳🏼 YB Dato Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Naib Kesatuan Ulama' Sedunia)

"Dan Al-Quran yang Kami wahyukan kepadamu ialah yang benar (segala-galanya) yang tetap mengesahkan Kitab yang diturunkan sebelumnya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan keadaan hambaNya, lagi Maha Melihat dan memerhatikan."

"Kemudian Kami jadikan Al-Quran itu diwarisi oleh orang yang Kami pilih dari kalangan hamba Kami; maka di antara mereka *ada yang berlaku zalim kepada dirinya sendiri* (dengan tidak mengindahkan ajaran Al-Quran), dan di antaranya *ada yang bersikap sederhana*, dan *ada yang mendahului (orang lain) dalam berbuat kebaikan* dengan izin Allah. Yang demikian itu ialah limpah kurnia yang besar (daripada Allah)."

Surah Faatir ayat 31-32

#Usaha untuk memperkasa undang-undang Islam ini bukanlah perjuangan baru umat Islam.

#Selepas perang dunia ke-2. British yang menjajah telah memberi kemerdekaan dengan menyediakan perlembagaan ciptaan mereka dan menjadikan sistem demokrasi sebagai pengikat mereka.

#Kumpulan umat Islam membuat memorandum mendesak agar Suruhanjaya Reid meletakkan 'Islam sebagai agama persekutuan' dalam perlembagaan. Di samping agama lain bebas beramal dengan agama mereka.

#Selepas setengah abad kita merdeka, sudah tiba masa untuk kita bermuhasabah terhadap perlembagaan yang sudah usang itu.

#Sebenarnya banyak peruntukan dalam perlembagaan sudah dipinda dan RUU355 juga sepatutnya sudah lama dipinda!

#Para peguam, ilmuwan undang-undang dan para pemimpin adalah pemegang amanah daripada Allah dan bertanggungjawab untuk usaha ini.

#Kita berhimpun bukan kerana arahan suatu kumpulan atau kerana arahan sesiapa. Tetapi kerana mahu menjalankan perintah Allah!

#Al-Quran diturunkan supaya digunakan sebagai hakim dalam menegakkan keadilan.

#Maka taraf Mahkamah Syariat kena diangkat tinggi demi melaksanakan Syariat Allah ini.

#Orang bukan Islam tidak ada sebab untuk membantah kerana undang-undang ini hanya melibatkan orang Islam sahaja.

#Dan tidak perlu risau kerana jaminan kebebasan beragama ada dinyatakan dalam Al-Quran dan perlembagaan Malaysia yang memerintahkan supaya umat Islam menghormati adab perpaduan Negara.

#Begitu juga orang bukan Islam kena jaga adab perpaduan negara serta menghormati kedudukan
undang-undang Islam yang dihormati oleh masyarakat antarabangsa.

#Rujuklah sejarah perundangan dunia. Pernah ahli perundangan antarabangsa membaca terjemahan ayat AlQuran tentang perundangan dalam sidang konferens penggubalan undang-undang untuk menjamin keamanan dunia.

#Pertemuan antara Ilmuwan Islam dan tokoh ilmuwan Barat juga pernah dilakukan dan mereka mengiktiraf kedudukan syariat Islam dan mencadangkan suatu kajian terhadapnya.

#Dunia hari ini menyaksikan kegagalan undang-undang ciptaan manusia. Dengannya, jenayah masih lagi tidak dapat dibanteras. Sama ada dalam negara mahupun diseluruh dunia.

#Daripada kamu mencemuh usaha memperkasa mahkamah syariat dengan kejahilan dan tanpa ilmu, lebih baik kamu bincang pasal undang-undang yang sudah lapuk dan tidak ada roh itu.

#Semoga usaha ini dapat diperpanjangkan sehingga berjaya supaya hikmahnya dapat disaksikan oleh semua termasuk yang bukan Islam.

🔮✨ *"Syariah Diperkasa Ummah Sejahtera" H355 | 18 Feb | Padang Merbok Kuala Lumpur*

Saturday 16 January 2016

Tip Ayah Anak Ramai

#tipayahramaianak
.
Anak saya sembilan orang. 3 lelaki dan 6 perempuan. Paling besar 14 tahun. Sekarang,6 orang yang dah bersekolah. Mereka pelbagai perangai.
.
Ada yang suka merajuk, ada yang suka menjerit, ada yang suka bersukan, ada yang diam je, ada yang belajar pandai tak payah di atur, ada yang susah nak diajar.
.
Semuanya ada peragai sendiri.
.
Mereka semakin membesar. Kalau ramai anak, ada yang bertanya bagaimana nak anak kita dengar cakap kita sebagai sebagai ibu bapa.
.
Pagi ni saya berikan beberapa #tipayahramaianak
.
1. Selalulah solat berjamaah
Dirumah saya pastikan perkara ini disuburkan. Bila solat berjamaah menampakan kita memimpin keluarga. Mereka melihat perangai kita. Sesekali pun tak apa, kalau dapat setiap hari lebih bagus.
.
Semua keputusan keluarga perlulah dibincang bersama. Biasanya saya akan adakan tazkirah ringkas selepas solat. Inilah meeting keluarga saya. Semua arahan, teguran, pujian, peringatan akan saya disampaikan dalam sesi ini.
.
Setiap orang akan saya beri peluang bercakap. Mereka boleh menegur atau menerima teguran. Jika saya tak ada, isteri saya atau anak sulong saya akan pimpin usrah.
.
2. Sentiasa memaafkan mereka.
.
Ibu bapa jangan ada rasa dendam dengan anak-anak. Jangan mereka selalu dimarah dan diherdik. Maafkan mereka dan meminta maaf pada mereka. Doakan mereka supaya sentiasa diberkati Allah dengan usaha mereka. Biarlah roh kita yang bercakap dengan roh anak-anak kita.
.
Setiap kali lepas solat atau keluar rumah peluk mereka dengan penuh kasih sayang. Pandang mata mereka, senyum, cium di tengah-tengah bulu kening dan berdoa dalam hati " Ya Allah berkatilah anak ini ".
.
Saya percaya hati anak akan tenang, bila tenang mereka mudah mendengar arahan , teguran mahupun pelajaran.
.
3. Makan satu talam.
.
Jika berkesempatan saya akan minta mereka makan gunakan talam. Kami suami isteri akan makan bersama. Makan satu talam tak membazir. Mereka akan belajar bertolak ansur dan rapat sesama adik beradik. Kakak akan suapkan adik yang kecil. Mereka faham konsep hidup berkongsi.
.
Share, like dan komen
Ihsan Fb Baharuddin Mohamed

Friday 15 January 2016

Cukupkah pengetahuan kewangan kita untuk menempuh tahun mencabar ini?

Saya yang baru sahaja masuk ke kapal terbang untuk penerbangan balik ke tanah air tertarik dengan tajuk akhbar hari ini setelah diberikan surat khabar oleh pramugara Malaysian Airline yang segak tadi.

Harga minyak jatuh lagi. Apa yang terjadi andai harga minyak terus menjunam? Adakah kerajaan akan "revise" belanjawan negara? Mampukah Petronas bertahan dalam situasi ini? Apa akan jadi dengan matawang negara? Apakah kerajaan akan meningkatkan lagi cukai? Apakah lebih ramai orang akan dibuang kerja tahun ini? Dan bermacam-macam persoalan lagi yang timbul dalam pemikiran ini sementara "ground crew" membuat persediaan untuk berlepas.

Pada saya, kita beri perhatian pada perkara yang dalam kawalan kita dahulu. Semua persoalan diatas tidak dalam kawalan kita. Apa yang dalam kawalan kita adalah kewangan peribadi kita dan kewangan syarikat kita.

Izinkan saya untuk berkongsi sedikit pandangan dan pengalaman saya tentang kewangan baik untuk peribadi mahupun syarikat sebagai seorang lulusan Actuarial dan pengarah urusan untuk D'yana.com.my dan beberapa syarikat lain untuk mengisi masa penerbangan selama 4 jam ini.

1. MASUK LEBIH DARI KELUAR

Kembali pada asas. Apa juga yang berlaku, prinsip asas kewangan masih "Belanja kurang dari pendapatan". Memang itu sahaja yang diceritakan dalam hampir semua buku kewangan. Memang itu pun di ajar dalam semua seminar atau kelas. Kenapa? Kerana memang itu kebenarannya!

Terdapat dua kaedah untuk mencapai matlamat ini: mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan pendapatan. Dengan menumpu pada 1 atau kedua-dua aspek ini membolehkan kita untuk membesarkan jurang antara 2 angka ini. Dan jurang itu adalah tiket kita untuk "kebebasan kewangan" atau "financial freedom".

2. TINGKATKAN PENDAPATAN

Bagaimana untuk tingkatkan pendapatan? Ramai yang akan cakap tiada 1 cara umum untuk tingkatkan pendapatan. Benar.... Sesetengah dari kita dilahirkan dengan DNA usahawan dan sesetengah dari kita berfungsi degan lebih bagus dalam pejabat. Ada orang yang yang mempunyai kreativiti yang tiada batas, ada sahaja idea dia. Ada orang pula memang tidak kreatif tetapi jika diberi senarai tugas yang banyak, beliau mampu untuk selesaikan semuanya. Setiap dari kita dilahirkan dengan kelebihan tersendiri. Tidak semestinya menjadi usahawan lebih baik dari yang makan gaji. Ramai sahaja yang berniaga berpuluh tahun tetapi tidak maju maju berbanding yang makan gaji. Ooopppssss, jadi topik lain pulak nanti.

Tetapi jika kita kaji betul2, terdapat beberapa perkara umum yang sesiapa sahaja boleh buat tidak kira apa situasi kewangan mereka atau apa pekerjaan mereka untuk menambah pendapatan.

2a. TAMBAH PENGETAHUAN

Tidak bermaksud balik ke sekolah... Maksud saya, terus menerus belajar! Belajar perkara baru! Baca buku berkenaan bidang yang anda minati. Ambil peperiksaan profesional atau sambung master. Tak kira apa jua yang sedang kita usahakan pasti ada bende baru yang boleh kita belajar dan pertingkatkan nilai diri kita.

2b. TAMBAH ALIRAN TUNAI

Sentiasa cari cara untuk duit bergolek masuk poket kita dari pelbagai cara. Andai anda suka menulis, anda boleh hantar artikel pada majalah dan ada majalah yang membayar untuk artikal yang berkualiti. Anda juga boleh tulis ebook. Atau menjadi pemandu Uber. Ia juga sebagai langkah menyahut seruan kerajaan untuk melakukan 2 pekerjaan. #2kerja. Secara ringkasnya, maksud saya dalam menambah aliran pendapatan ialah jika anda kehilangan pekerjaan anda yang sekarang ini impaknya kurang dan pendapatan keseluruhan anda bertambah.

Saya dulu pernah ambil upah "tolong" fotostatekan buku. Juga pernah ambil upah perbaiki komputer contohnya.

2c. Jaga silatulrahim sesama manusia

Kita tidak tahu hubungan yang kita bina pada masa lalu mungkin akan membantu kita dimasa depan. Kadang-dkadang dari orang yang tidak pernah kita jangka. Oleh itu jika ada orang yang telah lukakan hati kita atau kita terasa berdendam dan terasa mahu cakap buruk tentang orang itu, TAHAN! Sabar! Anda akan perasan, saban hari kita akan terserempak dengan orang yang pernah kita kenal. Maka, jangan sekali-kali putuskan mana-mana silatulrahim. Ia tidak membantu. Dan sentiasalah hubungi kawan-kawan lama. Facebook kan ada.😁

3. KESEDERHANAAN DALAM HIDUP

Kebanyakan orang salah anggap antara kesederhaan dengan kedekut. Kesederhaan bukanlah sehingga memakai pakaian yang lusuh penuh bertampal, bawa kereta cabuk yang boleh mati enjin bila-bila masa atau memakai kasut yang bunganya pun sudah tiada.

Penuhi keperluan, tangguhkan kemahuan.

Saya pernah jumpa ramai jutawan senyap yang tidak mewah langsung. Tidak pakai baju berjenama mewah, pakai telefon yang baling orang boleh koma atau beg-beg yang overprice. Namun, wang tunai dalam bank boleh buat anda juling mata mahu kira, hartanah banyak, tidak lemas dengan pinjaman bank dan mereka hidup dalam kenidupan yang berpandukan peraturan mereka.

Berikut adalah cara saya berjimat

3a. Memaksimumkan setiap wang ringgit

Buat keputusan setiap kali anda berbelanja adakah berbaloi nilai yang anda dapat dengan harga yang anda bayar? Kuncinya adalah, apakah nilai yang anda dapat dengan setiap ringgit yang anda belanjakan. Contohnya, ada situasi kita yang kita sedar kita tidak berapa perlu bende itu boleh buat keputusan untuk tidak beli atau belilah versi yang murah dahulu untuk tengok keperluan. Jangan takut untuk membeli.

3b. Habits yang merbahaya

Ramai orang mempunyai rutin membeli latte yang overprice, beli surat khabar yang tidak pernah dibelek atau makan ditempat yang sama setiap hari. Belanja RM 5 lebih sehari pada hari bekerja (Isnin hingga Jumaat) jika dicampur-campur akan menjadi RM 1300 setahun. Itu sudah bayaran bulanan loan rumah untuk kebanyakan orang. Periksa kembali semua bende yang kita buat setiap hari terutama yang berkaitan dengan wang ringgit. Tanya diri samada itu adalah keperluan atau kemahuan.

3c. Prinsip 10 saat

Setiap kali mahu membeli barang atau membayar bill berhenti 10 saat dan tanya diri samada kita memang mahu bende yang kita akan belanjakan duit ini? Kita perlukah bende ini? Contoh, perlukah kita ambil package yang unlimited SMS bila sebulan kita mungkin hanya hantar SMS 5 SMS. Teknik ringkas ini akan selalu tunjukkan arah berbelanja kurang.

3d. Janganlah sampai diri sengsara.....

Kebanyakan masa apabila kita potong perbelanjaan kita, kita tak perasan pun kekurangan itu. Andai kata ada perbelanjaan yang lepas kita potong menyusahkan kita, maknanya ia tidak berbaloi untuk dipotong. Berjimat tidak boleh disamakan dengan kesusahan, ia cuma bermakna anda potong yang tidak perlu.

Saya selalu bersorak gembira andaikata saya tahu saya berjaya untuk berjimat. 😁

4. URUS KEWANGAN ANDA

Apabila anda berjaya meningkatkan pendapatan dan mengurangkan perbelanjaan, anda akan dapati anda mempunyai lebihan tunai setiap hujung bulan. Lebihan tunai itulah tiket anda kepada kebebasan kewangan. Lagi banyak anda dapat lagi cepat anda mencapai matlamat. Tetapi! Sentiasa ingat "Penuhi keperluan dan tangguhkan kemahuan". Gunakan lebihan itu untuk stabilkan masa depan. Apa yang patut dilakukan dengan lebihan tunai itu? Begini caranya...

4a. Selesaikan semua hutang yang interestnya tinggi seperti kad credit.

Diri saya sendiri guna kad kredit seperti wang tunai. Sebab malas nak bawa tunai banyak ke hulu ke hilir. Tetapi saya tahu ramai yang guna kad kredit untuk berhutang. Selesaikan itu dahulu. Selesaikan interest yang paling tinggi dahulu kemudian ke interest yang lebih rendah.

4b. Bina dana kecemasan

Dana kecemasan ini adalah duit yang disimpankan dalam akaun simpanan yang bertujuan HANYA untuk digunakan semasa kecemasan seperti kehilangan pekerjaan, kemalangan kereta dan macam macam lagi. Ukur dana kecemasan ikut belanja kehidupan bulanan. Saya cadangkan simpan minimum 6 bulan punya belanjawan kehidupan. Kalau boleh adakan simpanan cukup untuk bertahan 2 tahun untuk selesa. Mahu berhenti kerja dan mula berniaga? Adakan dana ini dahulu

4c. Melabur

Jika ada lebihan lagi, melaburlah. Pelaburan bukan kepakaran saya lagi kerana masih mencari rentak dan cuba-cuba, jadi saya tidak mahu tulis banyak.

5. TENTUKAN HALA TUJU HIDUP ANDA

Do you live your life by default or live your life by design?

Kebanyakan orang melihat tujuan semua ini adalah untuk jadi kaya. Semua orang mahu jadi jutawan kan?

Objektifnya begini... Ia bukan untuk menjadi kaya, tetapi ia tentang kebebasan. Kebebasan dari hutang. Kebebasan untuk mencuba bende baru dalam hidup. Kebebasan masa untuk beribadah. Kebebasan untuk melancong ke mana sahaja yang kita mahu pergi.

Itu yang kebanyakan orang mahu. Sekurang-kurangnya itu yang saya mahu.

Fuuuhhh... 3 jam menaip sebab sejam makan..hahaha

Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat, haruslah di kongsikan bersama orang lain supaya lebih ramai yang mendapat manfaat.

Jangan lupa Share and Tag.

Ihsan Mohd Syafie

Monday 14 December 2015

RM 5k = RM 1juta

1. Jika anda seorg suami yg bgaji RM 5k/bln,anda memerlukan perlindungan sekurg2nya RM 1juta utk diri anda (andaian Isteri tdk bkerja Dan mpunyai anak2 kecil)

Kerana anda satu2nya sumber income keluarga.

2. Jika satu hari nanti anda mati scra tiba2,maka hilanglah punca pendapatan keluarga. (Mati itu pasti) Hal ini blh myebabkn keluarga anda yg tcinta putus sumber pendapatan. Bagaimana mereka ingin meneruskn khdpn jika selama ini kebergantungan thdp diri anda sbg ketua keluarga. Yang mati akan pergi,yg hidup harus meneruskan khdpn. Tetapi jika anda telah mbuat psediaan awal, hal ini dpt di atasi.

3. Pihak takaful akan menemui Waris anda iaitu Isteri. Isteri anda akan menerima tunai RM 1juta atas nilai yg dilindungi atas diri anda.

4. Pesanlh pada Isteri anda,sekiranya anda tiada nanti,urusknlh duit itu dgn sebetulnya. Ajarkn beliau teknik yg btl. Masukkn jumlah 1juta td ke dlm akaun ASB / Tabung Haji.

5. Gunakan dividen stp tahun dari ASB / TH td sbg pganti sumber pendapatan keluarga.

6. Dgn dividen average 6% setahun = RM 60k/thn @ RM 5k/bln. Dividen RM 5k/bln dpt digunakn utk Sara hdp Isteri Dan anak2 anda,pbelanjaan sekolah anak2 Dan segala kos yg bkaitan. Nilai tunai RM 1juta td masih kekal di dlm akaun saving ASB / TH Isteri anda.

*Inilah yg dinamakn CINTA SAMPAI MATI

*Isteri Dan anak2 anda pasti bangga mpunyai suami Dan ayah yg btangungjawab walaupun anda sudah tiada.

*Anda jg blh meminta Isteri anda menginfakkan 5-10% Dari dividen yg diterima stp tahun ke dlm tabung amal jariah bg mdpt pahala bterusan utk dbawa di akhirat sana nanti.




LikeCommentShare

Ihsan - Hamba Tuhan

TIPS LOAN dari Banker...

Ini antara tips utk korang y plan nk beli rumah tahun depan supaya boleh dpt scoring yg cun utk rate yg cun..
Antara nya:-
1) Saving Saving Saving
Sgt penting sb ekonomi kite tgh downturn.. senang cite kite berada towards to cycle recession sekarang ni.. maka in order utk meyakinkan bank kasi pinjaman, korang kene yakinkan bank y korang ada simpanan y cukup utk bayar pinjaman korang tu..
So kalau boleh kurang kan soping byk kan saving..
Cantekkan bank statement korang.. make sure ada sufficient balance sebelum next gaji dan pastikan ada sedikit simpanan.. atleast utk cover 6bulan instalment.. nak lagi cun 1 tahun instalment..
Ini akan mbantu utk reduce kan risiko scoring korang..

2) Elakkan Hutang Jahat
Kalau boleh elakkan lah amek personal loan (Kalau Boleh) sb personal loan ni dlm kategori hutang jahat.. bukan xboleh.. tp kalau boleh cuba lah alternative lain.. kalau dah die-die pun kene jugak amek personal loan.. xboleh nak kata apa lah.. tp jangan lah sampai setiap bank pun korang apply personal loan.. sb personal loan ni menyumbang ke arah risiko y tinggi..

3) Limit kan penggunaan Credit Card
Kalau boleh jgn guna credit card korang melebihi 70%.. dan jgn hanya bayar minimum payment (5% dr o/s CC) sahaja.. byr lah lebih sikit.. kalau nak lagi cun.. byr lah dlm tempoh 21hari selepas swipe CC korang tu.. n nak lagi cun melecun byr lah full amount.. hikhik.. korang untung dpt points/cash rebates, bank pun x sempat nk kaut untung kat korang sb byr within the period..
Ok.. kenapa x boleh lebih 70%?? Sebab bila lebih dr 70% korang dh dikira berisiko.. sb korang dh di kategorikan dlm kategori xcukup cash.. ini akan menyumbang ke arah risiko scoring y tinggi..

4) Byr HP on due date
Due date HP korang berbeza2 tarikh dia.. so kalau boleh jgn smpi melebihi due date korang supaya dlm CCRIs record xde show nombor 1 2 3.. biar lah byk no kosong je..
Korang tahu hal2 kete dah service ke belum, rim nk ganti baru ke or ape2 je lah pasal kete tp xtahu bila due date utk byr loan korang.. itu pun part y penting jugak.. nt esok cek balik bila due date Loan HP korang tu ok.
Walaupun 1 still acceptable utk HP tpnit shows how u managed ur perihal kewangan.. so.. lebih baek amek langkah2 keselamatan kan??

5) Pastikan Financing korang xde Arrears
Korang kene make sure loan korang xde y sangkut.. kalau y memg ade SI tu make sure dlm acc svg korang ade enuf amount utk bank debit utk pbayaran loan korang.. atleast check current status pinjaman korang on quarterly basis.. or half-yearly basis pun dh ok.. jgn dok biar kan aje.. sekali ade terlpeas pandang.. haa naseb xberapa nak baek lah korang..

6) Special Attention Acc dlm CCRIS (SAA)
Kalau korang ade buat penutupan account loan atau cancel kan loan korang tu.. make sure korang follow up.. sb takut dh cancel or dh tutup tp korang still kene byr sum amount pd bank dan korang buat bodo je dgn situasi tu.. sekali nk apply loan baru ade record dlm CCRIS under SAA.. walaupun loan boleh lepas dgn released letter.. tp image kewangan korang telah pun tercalar.. maka ia akan menyumbang ke arah scoring risiko y tinggi.
So.. esok double cek balik CCRIS korang ok.. kalau ade dh tsenarai under SAA.. recall blk loan apa n cek with that respective bank.. kalau perlu buat settlement in order to get the released letter.. byr lah.. n ask the officer to clear the record.. kalau x clearkan nt amek mase 5thn utk clear by itself..

7) Pajakan An-Rahnu melalui bank
Bella x pasti kenapa pajakan emas melalui bank y masuk dlm CCRIS tu beri scoring risiko y tinggi.. tp hakikat nya memg ia menyumbang ke arah itu.. maka bhati2 lah kalau korang nk pajak kan korang punye brg kemas kat bank..
Mgkn bank akan nilai korang pajak sb korang "cashless" n desperado needs the cash..

8) Multiple Submission of Loans
Bella faham kalau korang apply loan utk 1 property je dh kat 5 bank kat mesia ni.. n accept only one bank shj.. kan?? Hurm.. kalau boleh.. pesan pada banker y process loan korang y korang x accept tu.. mnta tlg dia delete record ccris utk application for credit.. korang hantar lah kat dia sebungkus kinder bueno sb penat2 dh process loan dia tp xnk accept.. so sejuk sikit ht dia nk delete record tu.
Bukan apa.. record application for credit tu akan appear utk 1thun punya transaksi.. kalau korang nak submit lg loan.. kemungkinan akan menyumbang kepada scoring risiko y tinggi.. sb too much transaksi dlm setahun..
Jgn ingat xde effect pulak bila korang submit pg byk2 bank tu.. huhu
Pssttt:: ini bdasarkan pengalaman bella process loan.. hanya sbg guidelines shj ok..
Selamat Hadam
Ihsan:-
Love,
Bella Leana
012 655 3625
Banker Pilihan Anda

Thursday 18 June 2015

Adni Amani Binti Mohd Nazre


Adni Amani
Alhamdulillah pada Ramadhan kali ini, saya akan menyambutnya bersama orang baru di dalam keluarga saya. Adni Amani anak kedua saya yang telah selamat dilahirkan oleh isteri tersayang Nurul Shahira Bt Rahim pada 11 Jun 2015 Masihi bersamaan 24 Syaaban 1436 Hijrah. 

Lagi Info Kelahiran
Tarikh Kelahiran: 11 Jun 2015
Masa Kelahiran: 07:50 AM
Tempat Kelahiran: Hospital Sultan Ismail Johor Bahru
Berat:___kg