Pages

Saturday, 16 January 2016

Tip Ayah Anak Ramai

#tipayahramaianak
.
Anak saya sembilan orang. 3 lelaki dan 6 perempuan. Paling besar 14 tahun. Sekarang,6 orang yang dah bersekolah. Mereka pelbagai perangai.
.
Ada yang suka merajuk, ada yang suka menjerit, ada yang suka bersukan, ada yang diam je, ada yang belajar pandai tak payah di atur, ada yang susah nak diajar.
.
Semuanya ada peragai sendiri.
.
Mereka semakin membesar. Kalau ramai anak, ada yang bertanya bagaimana nak anak kita dengar cakap kita sebagai sebagai ibu bapa.
.
Pagi ni saya berikan beberapa #tipayahramaianak
.
1. Selalulah solat berjamaah
Dirumah saya pastikan perkara ini disuburkan. Bila solat berjamaah menampakan kita memimpin keluarga. Mereka melihat perangai kita. Sesekali pun tak apa, kalau dapat setiap hari lebih bagus.
.
Semua keputusan keluarga perlulah dibincang bersama. Biasanya saya akan adakan tazkirah ringkas selepas solat. Inilah meeting keluarga saya. Semua arahan, teguran, pujian, peringatan akan saya disampaikan dalam sesi ini.
.
Setiap orang akan saya beri peluang bercakap. Mereka boleh menegur atau menerima teguran. Jika saya tak ada, isteri saya atau anak sulong saya akan pimpin usrah.
.
2. Sentiasa memaafkan mereka.
.
Ibu bapa jangan ada rasa dendam dengan anak-anak. Jangan mereka selalu dimarah dan diherdik. Maafkan mereka dan meminta maaf pada mereka. Doakan mereka supaya sentiasa diberkati Allah dengan usaha mereka. Biarlah roh kita yang bercakap dengan roh anak-anak kita.
.
Setiap kali lepas solat atau keluar rumah peluk mereka dengan penuh kasih sayang. Pandang mata mereka, senyum, cium di tengah-tengah bulu kening dan berdoa dalam hati " Ya Allah berkatilah anak ini ".
.
Saya percaya hati anak akan tenang, bila tenang mereka mudah mendengar arahan , teguran mahupun pelajaran.
.
3. Makan satu talam.
.
Jika berkesempatan saya akan minta mereka makan gunakan talam. Kami suami isteri akan makan bersama. Makan satu talam tak membazir. Mereka akan belajar bertolak ansur dan rapat sesama adik beradik. Kakak akan suapkan adik yang kecil. Mereka faham konsep hidup berkongsi.
.
Share, like dan komen
Ihsan Fb Baharuddin Mohamed

No comments:

Post a Comment