Pages

Sunday 27 November 2011

Sungai Johor Bridge Trip

Ahad lepas (semalam), saya mengajak isteri untuk pergi melihat jambatan baru menghubungkan Pasir Gudang dan Desaru. Jambatan tersebut dikenali sebagai Jambatan Sungai Johor  dan adalah sebahagian daripada rangkaian Lebuhraya Senai-Desaru (E22). Bergerak dari rumah di Masai dalam jam 3.45pm dan memasuki Highway E22 melalui Exits 2210 Pasir Gudang. Setelah beberapa minit bergerak di atas highway, jambatan dapat dilihat dari jauh. Jika diperhatikan konsep jambatan ini direka bentuk seperti Jambatan Pulau Pinang.

Dapat dilihat dari jarak 5km

Di atas jambatan, tinggi 2 tiang utama ialah 143m

Setelah sampai ke plaza tol terakhir iaitu di Exits 2212 Penawar, saya pun membayar kadar tolnya sebanyak RM5.90!, boleh tahan. Alang-alang sekadar pergi melihat jambatan, kami terus sepakat pergi ke Desaru untuk mencuci mata sekejap. Kami singgah di Public Beach Desaru, ini merupakan kali pertama Ariana dibawa ke pantai dan adik ipar (kak su) pun sudah 4 tahun tak pergi ke pantai. Semoga semuanya gembira dengan trip yang singkat ini.

Ariana dan mama

Ariana dan papa

Ariana, tok ma dan kak su

Jam 5.40pm kami berangkat pulang ke rumah. Tiba di rumah pada jam 6.30pm. Sekian...



Lagi info tentang Jambatan Sungai Johor:

- Panjang: 1708 m
- Merupakan jambatan sungai terpanjang di Malaysia
- Menghubungkan Pulau Juling berhampiran Kong Kong di sebelah barat ke Tanjung Penyabong di   sebelah timur
- Lalaun Senai ke Pasir Gudang: 4 lorong. (Good)
- Laluan Pasir Gudang ke Penawar: 2 lorong. (Ini yang kurang sikit, kalau kereta banyak highway boleh jem, siap boleh buat U-turn lagi, boleh dipanggil Ekspressway ker ni.? ekekek)
- Pembinaan diketuai oleh Senai Desaru Expressway Berhad dengan kontraktor utama Ranhill Engineers & Constructors Sdn Bhd

3 comments:

  1. dulu2 saya selalu ke feldasungaitekamgetah melawat kakak. :)

    ReplyDelete
  2. Ohh..ya ke..dekat sangat lah tu.. Nanti klu ada nak datang sg tekam getah lagi, inform lah..ekekek ^-^

    ReplyDelete
  3. salam bro. dari senai sebelum sampai jambatan tu tak silap ada dua lagi jambatan kecil. salah satunya adalah port udang (kata kawan aku). dan jambatan ni boleh jadi satu landmark yang cun. tapi yang tak syoknya, tu la dia. kualiti jalannya. hancur...

    ReplyDelete