Pages

Sunday 15 July 2012

Udang Galah Kota Tinggi

Hari ini merupakan trip kedua saya pergi memancing di Sungai Kota Tinggi (Sg Kota). Trip pertama dahulu saya bersama bro Jai sahaja. Pada hari ini saya bersama 3 lagi rakan dari Johor Bahru akan mencabar Udang Galah Kota Tinggi. Saya bersama bro Zul menaiki bot yang sama. Sewa bot RM15 tanpa enjin dan RM50 berenjin. Saya agak bertuah kerana satu bot dengan bro Zul sebab beliau memiliki enjin sendiri berjenama Suzuki DF6, jadi hanya membayar sewa bot kosong sahaja. Bro Jai pula satu bot bersama pak mertua beliau dengan mengewa bot berenjin.

Seawal 8 pagi, kami sudah berada di dalam bot dan mula bergerak mencari lubuk-lubuk yang sesuai yang menjadi tempat bermain udang galah. Oleh kerana kurang pengalaman memancing udang sebelum ini, saya dan bro zul terpaksa mengekori kemana sahaja bro jai pergi, ke segenap lubuk dan ceruk Sg Kota untuk mencari lokasi yang tepat dimana banyak terdapat Udang Galah. Kata bro Jai, Udang Galah biasanya selalu bermain di dasar sungai yang berarus sederhana. Udang Galah juga biasanya akan bergerak di dalam satu kumpulan, pergerakan udang-udang ini bolehlah dibayangkan seperti pergerakan semut-semut yang biasa kita lihat di dalam rumah. Sekiranya kita dapat melabuhkan sauh bot di tempat laluan Udang Galah ini, InsyAllah rezeki untuk menaikkan udang-udang ini pasti ada. Dan lazimnya, jika mempraktikkan teknik dan skill yang tepat, udang-udang yang berjaya ditewaskan bukannya sedikit.


Bersiap-siap untuk menaiki bot

Untuk pengetahuan semua, selain kami berempat, sebenarnya ramai lagi kelibat kaki-kaki pancing yang dapat dilihat turun ke Sg Kota untuk memburu Udang Galah. Kebanyakan kaki-kaki pancing datang dari luar daerah Kota tinggi seperti kami (Johor Bahru). Kebanyakan kaki-kaki pancing luar ini memancing Udang Galah untuk dimakan sendiri. Manakala kak-kaki pancing otai berasal dari daerah ini biasanya memancing udang untuk dijual kepada orang tengah. Harga yang dibeli orang tengah sebanyak RM40/kg. Mereka kemudiannya akan menjual udang-udang ini ke restoran-restoran sekitar Kota Tinggi dan Johor bahru dengan harga mencecah RM70-RM100 sekilogram bergantung kepada saiz udang.

Bagi saya memancing udang ini hanya sekadar hobi dan tidak mengharap tangkapan yang banyak. Cukuplah dapat rasa keenakan isi Udang Galah. Apa yang penting kepuasan menaikkan udang tersebut, lebih-lebih lagi jika dapat bertarung dengan Udang Galah sepit biru, atau nama popular disini 'Jongkong'.

Tepat jam 6 ptg, kami berangkat pulang ke Jeti Pak Mad, iaitu tempat dimana kami menyewa bot tadi. Tangkapan pada hari tersebut sebanyak 9 ekor sahaja. Apa yang penting dapat Jongkong seekor!! He he he...


Jongkong a.k.a Sepit Biru

Sekian dulu, jumpa lagi...


Selamat tinggal Kota Tinggi, until we meet again..


1 comment:

  1. Salam, boleh saya dapatkan no tel utk sewa bot tu? terima kasih share.

    ReplyDelete